Baju Dayang Nurfaizah di AJL30 inspirasi dari penyapu sihir – Rizalman

SELEPAS Fara Fauzana, busana yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pula menjadi mangsa kritikan netizen.

Busana berwarna emas yang dipakai Dayang pada malam Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) yang lalu merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman.

Busana tersebut bagaimanapun dikatakan menyerupai rekaan pereka fesyen antarabangsa, Balmain.

Baju Dayang Nurfaizah di AJL30 inspirasi dari penyapu sihir - Rizalman

Baju Dayang Nurfaizah di AJL30 inspirasi dari penyapu sihir – Rizalman

Bukan itu sahaja, ada di kalangan netizen mula mempersoalkan kredibiliti Rizalman sebagai seorang pereka fesyen.

Panas dengan isu tersebut, Rizalman telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen berbaur sinis di akaun Instagramnya.

“Siapa kata baju ini ditiru dari Balmain?? Saya dapat inspirasi dari penyapu ahli sihir lah.

“Lalalalala la la la ( kan betol saya cakap cuaca kat Malaysia panasss… Penyapu je kalau nak bagi sejuk) . Ini contoh kalau benda sama tetapi salah pemakai dan styling boleh jadi ke Laut,” tulisnya.

Foto tersebut menerima pelbagai reaksi pengikut Instagramnya dan menyebabkan mereka yang memberikan komen negatif itu dikecam.

Rata-ratanya tidak puas hati dengan tindakan sesetengah pihak yang merendah-rendahkan hasil kerja dan usaha pereka fesyen terkenal itu.

Sumber : Awani

Post a Comment

Previous Post Next Post