SEORANG kakitangan awam berdepan tindakan tata tertib jika gagal mengemukakan alasan terbaik, tindakannya memuatnaik status Facebook berunsur negatif mengenai Perdana Menteri dan isteri, serta Timbalan Menteri MITI Datuk Ahmad Maslan.
Dalam surat tunjuk sebab yang diterima penjawat awam wanita terbabit tempoh tujuh hari diberi kepadanya untuk membuat penjelasan, gara-gara status yang dimuatnaik sempena Tahun Baru tempoh hari.
Antara yang digariskan dalam surat tunjuk sebab tersebut adalah kesalahannya tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri sebelum membuat penyataan awam.
Selain itu status Facebook yang dimuatnaik kakitangan kerajaan berkenaan, boleh mendatangkan prasangka / persepsi buruk dan boleh memalukan / memburukkan nama Jabatan dan Kerajaan khususnya Perkhidmatan Awam.
Sehubungan itu kakitangan terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Perkara 4(2), Perkara 19(1) dan 19(2) Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Surat tunjuk sebab tersebut kini viral di media sosial dan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menganggap tiada kebebasan bersuara bagi penjawat awam.
Bagaimanapun harus diingat, setiap rakyat tertakluk kepada undang-undang yang telah dirangka untuk kebaikan negara termasuk melibatkan kakitangan awam, justeru berhati-hati jangan sampai tersilap langkah dan gunakanlah saluran bijak dan betul apabila mahu bersuara. – Sumber MYNEWSHUB.CC
Tags:
OMG