FLORIDA: Seorang lelaki yang disyaki mencuri ditangkap selepas kembali semula ke tempat kemalangan untuk mengambil botol minuman teh ais yang tertinggal kerana bimbang ia dijadikan bahan bukti.
Media tempatan melaporkan, Bryan Lindon, 23 didakwa atas tuduhan mencuri di sebuah kediaman yang tidak berpenghuni.
Pihak berkuasa berkata, Lindon dan seorang lagi individu disyaki memecah masuk rumah di Cooper City sebelum cuba memasuki sebuah lagi rumah di Pembroke Pines.
Polis menahan remaja berusia 17 tahun itu di Pembroke Pines, tetapi dia melarikan diri dengan kereta curi sebelum melanggar sebuah trak.
Jurucakap balai polis Broward, Gina Carter memberitahu, Lindon kemudiannya ditahan selepas kembali ke tempat kemalangan untuk mengambil botol air itu, mungkin kerana menyangka ia akan dijadikan bukti DNA.