Enam Terbunuh Dalam Serangan Di Pangkalan Tentera Udara India

NEW DELHI: Polis India menembak mati empat lelaki bersenjata yang menyerang Pangkalan Tentera Udara Pathankot, di Amritsa hari ini.
Dua askar turut dilaporkan terbunuh dalam insiden itu.
  • Bagi wanita yang inginkan lebih tenaga sewaktu berjima' dgn suami, amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Anda perlulah bangun...
  • Kemutan faraj yg berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan fara...
Pangkalan Tentera Udara Pathankot terletak hanya 50 kilometer dari garisan sempadan India-Pakistan.
Pihak berkuasa India berkata, lelaki bersenjata itu memakai pakaian seragam tentera.
Serangan bermula pada 3.30 pagi dengan berlaku tentangan sengit daripada pihak keselamatan India, sekali gus menyebabkan dua askar di Pangkalan Pathankot terbunuh.
Penyerang dikatakan ada kaitan dengan pertubuhan Jaish-e-Mohammed.
Insiden berlaku beberapa hari selepas Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin Pakistan, Nawaz Sharif bertemu di Lahore bagi menggerakkan semula inisiatif damai.
Serentak insiden itu, negeri Punjab, India diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Tahap keselamatan turut diperhebat di kawasan sempadan India-Pakistan.

Post a Comment

Previous Post Next Post