Erin Malek Kini Sudah Mula Berhijab?

Selamat melahirkan anak sulung mereka pada Oktober tahun lalu, Erin Malek dalam muatnaik beberapa gambar terbarunya ketika ini sering mengenakan selendang menutupi kepala dan juga berhijab sekaligus menimbulkan persoalan kepada peminatnya.

Walaupun belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut, peminat sudah pun mendoakan agar pelakon ini berterusan memakai hijab dan dilimpahkan rezeki yang tidak henti-henti. Jika benar, pastinya ia satu perkara yang positif buat Erin dan juga suami.

Awal Disember lalu, Erin dan suaminya telah mengadakan majlis akikah buat putera sulung mereka, Mohamed Faliq, dalam satu majlis yang cukup sederhana dan dihadiri rakan dan saudara terdekat. Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia.

Post a Comment

Previous Post Next Post