4:14:00 PM

SEORANG gadis remaja mencari jalan mudah untuk memiliki sebuah kereta, iaitu dengan hanya meminta derma sebanyak AS$3,500 menerusi laman web GoFundMe.

Malah dia yang hanya dikenali sebagai Reyna turut berjanji akan menderma sebanyak 10 peratus daripada sumbangan yang diterimanya kepada badan kebajikan.

“Ok, saya mahu kongsi sesuatu yang hebat. Dalam masa empat bulan saya akan tamat pengajian. Namun saya perlu kereta. Saya telah memulakan kempen GoFundMe untuk bantu dapat AS$3,500,” kata gadis itu.

Bagaimanapun langkah pelik yang diambil oleh Reyna telah mendapat kecaman ramai dengan salah seorang yang mengkritiknya, meminta supaya dia terlebih dulu pergi mencari kerja.

Menurut pengkritik berkenaan, Reyna boleh mendapat wang dengan bekerja dan dia mampu memperoleh pendapatan sebanyak AS$400 atau lebih untuk setiap dua minggu.

Malangnya, Reyna yang jelas tidak faham dengan sindiran tersebut telah bertanyakan kepada pengkritik berkenaan di mana dia boleh mendapatkan pekerjaan berkenaan.

Sementara seorang lagi pengkritik menyatakan, lebih baik jika orang ramai mendermakan wang terus kepada kebajikan daripada menunggu Reyna menderma sebanyak 10 peratus daripada wang yang diperolehinya.

Ini kerana badan kebajikan lebih memerlukan wang berbanding Reyna. – Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

loading...