“Haih!? AirAsia main campak luggage penumpang ke sampai jadi macam ni??”
Hari ini travelling ke Kota Kinabalu dengan menggunakan perkhidmatan AirAsia. Bawa satu bagasi, satu backpack. Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, nak ambil bagasi, tengok-tengok dah pecah berderai.
“Haihhh?! Mereka campak ke susun luggage ni? Sabar jelah!”
Bila tanya bahagian Baggage Service, apa yang perlu dibuat bila terjadi perkara seperti ini, pegawainya kata “kalau tak ada beli insurans, AirAsia tak tanggung kerosakan ini,”
Tak pasti pula ada beli atau tidak insuran AirAsia. Bila disemak, Alhamdulillah, memang ada beli insurans. Jadi bolehlah buat tuntutan ganti rugi.
Jadi mereka pun memberi borang dengan syarat membuat tuntutan kerosakan itu dan dihantar ke Tune Insurans. Syarikat arilines lain mungkin dah masukkan dalam harga tiket.
Jadi, pengguna AirAsia, berhati-hatilah. Kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Jangan beli tiket tanpa insurans atau kalau rasa-rasa nak travel bawa luggage, pastikan anda membeli insurans atau wrapping luggage anda bagi mengurangkan risiko bagasi anda rosak seperti ini. – Nur Amina | Ditulis semula untuk siaran.
Sumber : THEHYPEMEDIA.COM
Tags:
tbKOR