“Baguslah ada gosip macam ini, maka kembali popularlah saya,” kata pelakon, pelawak dan pengacara Sharifah Shahira, 42, berhubung dakwaan mengatakan hubungan bersama suami, Ijoy Azhari, 42, yang kini retak menanti belah.
Katanya, kehidupan berumah tangga berlangsung seperti biasa, malah semakin bahagia ditambah dengan kehadiran tiga permata hati hasil perkahwinan sejak 14 tahun lalu serta seorang anak hasil perkahwinan terdahulu dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.
“Saya ada dapat tahu mengenai perkara ini daripada seorang kawan yang bertanyakan kebenarannya. Apa yang mampu saya buat adalah gelak.
“Siapa pula yang memulakan gosip itu. Dulu, masa mula kahwin kalau ada yang kata hubungan kami goyah, memang rasa terkejut. Sekarang tidak ada lagi kerana sudah tua dan malas hendak melayan,” katanya.
Mengulas lanjut, kata Shahira, dia sudah meneliti perkara itu dan ceritanya hanyalah berkenaan sebuah program berjudul Papa Hero di Astro Ria yang menampilkan suaminya yang perlu menjaga anak.
“Dalam program itu, Que Haidar dan Rusdi Ramli juga terbabit. Mereka diberi tugasan untuk menjaga anak semasa ketiadaan isteri.
“Sebab itu, timbul kisah saya tinggalkan Ijoy dan anak-anak. Ijoy kalau tinggal sekejap pun dia akan telefon, inikan pula nak pergi jauh-jauh daripada dia,” katanya.
Tambah Shahira, dia tidak mahu marah atau melatah dengan apa yang diperkatakan itu kerana benda yang disampaikan tidak betul.
“Kalau ada kami bergaduh, itu lumrah hidup berumah tangga, memang ada kalanya pernah terasa kecil hati. Ada pasang surutnya. Biasalah apabila bergaduh, ada salah faham, rasa rindu balik. Selalunya ia tak panjang dan meleret-leret.
“Orang yang takut dengan beban keluarga dan dugaan, baik tak payah kahwin. Saya biasa-biasa saja dan mahu orang ramai tidak terlalu percaya dengan apa yang disampaikan dalam media sosial seperti Facebook,” katanya.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |