kakak, nanti letak dalam facebook, ini budak banyak jahat - Kisah Budak Baju Oren

Pada yang dah lama follow FB saya sure tahu kisah budak India baju oren tu. Saya sudah dua tiga kali bercerita pasal dia tahun lepas-lepas.

Budak nakal di sekolah suatu ketika dahulu, diberhentikan sekolah, dibawa pakciknya bekerja dibengkel kereta dekat rumah kami sejak umurnya 14 tahun.

Sekarang umurnya 17 tahun. Masa umurnya 14 tahun, dia cuma bantu buka tayar, pasang tayar dan pump angin sahaja. Beberapa tahun lepas saya tulis di FB, bahawa budak ini akan menjadi mahir menjelang usianya 17 tahun. Dan nah!! Dia sudah berumur 17 tahun. Dia sudah mahir check kereta, buat alignment dan balancing kereta, malah boleh bercerita pada saya dengan yakin pasal penjagaan kereta, dan saya kira dia tidak tahu dia sedang buat marketing dengan baik kepada seorang makcik umur 40 tahun yang tidak tahu pasal kereta. Saya kagum.

Hari ini, ketika rakan-rakan seusianya sedang bergelut dengan SPM, dia sudah mahir membaiki kereta. Lagi 3-5 tahun, kala kawan-kawan dia habis diploma, ijazah. Dia sudah ada 10 tahun pengalaman dalam bidang mekanik, dan dia sudah jadi profesional melalui skill kemahirannya sendiri. Sama juga kan tempoh masa 10 tahun yang kawan-kawannya habiskan untuk mendapat sekeping diploma, dan ijazah, bezanya mereka dapat pengiktirafan akademik, dia mendapat kemahiran dari pengalaman setiap hari dia bergelut dan comot dengan minyak hitam, spanar dan skru.

Kalau dia berwawasan jauh, tidak mustahil dia punyai bengkel kereta sendiri dan pendapatannya mungkin setara malah mungkin melebihi rakan-rakannya yang berijazah. Malah dia pula akan 'menyedut' duit mereka pula smile emoticon suatu hari nanti.

Semasa saya ambil gambar ini abang saudaranya mengusik "kakak, nanti letak dalam facebook, ini budak banyak jahat," haha saya cakap "memang dulu masa dia umur 14 tahun saya sudah letak facebook, nanti saya letak lagi". Malu-malu budak ni.. "malulah kakak.." kata dia. Haha. Glemer ko dik!!

Parent!
Terimalah anak-anak kita seadanya. Mereka mungkin tidak mampu hadiahkan kita deretan A, tetapi sebagai ibu bapa kita boleh beri ruang dan peluang untuk mereka berjaya dengan kemahiran dan potensi mereka. Cari dan gali, mereka akan berjaya.

"Tidak semua orang berpeluang belajar tinggi-tinggi, tetapi setiap orang ada peluang untuk berjaya melalui usaha sendiri. Ini contoh anak nakal jalanan yang belajar melalui Universiti Kehidupan"

Post a Comment

Previous Post Next Post