Kerana terlalu cintakan pemuda Islam, gadis Cina nekad biarkan diri mati dilanggar lori

Kerana terlalu cintakan pemuda Islam, gadis Cina nekad biarkan diri mati dilanggar lori

 

Kecewa mendengar kekasihnya, seorang pemuda Islam, bakal dikahwinkan secara paksa, seorang gadis keturunan Cina nekad membiarkan dirinya dilanggar lori.

Suk Yin Cheng, 20, meninggalkan nota kepada kekasihnya Khalil Mohammad pada alat peranti muzik iPod dengan mesej: “Saya sayang kamu… Saya buat ini semua untuk kamu.”

Dalam keterangan kepada polis, pemuda 22 tahun itu mengaku hubungan mereka berdua “tidak boleh dipisahkan lagi” dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Kerana terlalu cintakan pemuda Islam, gadis Cina nekad biarkan diri mati dilanggar lori

Kerana terlalu cintakan pemuda Islam, gadis Cina nekad biarkan diri mati dilanggar lori

Cheng mati akibat cedera parah selepas dilanggar lori di lebuh raya A38, dekat Burton, Staffordshire, pukul 12.40 pagi pada 2 Julai tahun lalu, lapor The Telegraph semalam

Menjalin hubungan dengan Khalil selama dua tahun, Cheng dalam mesejnya itu bimbang kekasihnya bakal dijodohkan dengan pilihan keluarga.

Tanggapanya itu menyebabkan gadis itu, yang bercita-cita menjadi pereka fesyen, tertekan dan murung sebelum mengambil keputusan membunuh diri dengan melintas di depan lori berat itu.

Dalam prosiding inkues, Carl Matthew, pegawai penyiasat daripada pasukan polis Stafford, berkata melalui rakaman yang diperoleh daripada telefon Cheng mendapati gadis itu berbual dengan rakannya di media sosial tentang perkahwinan paksa itu.

Tetapi Khalil, 22, dalam keterangannya menafikan ada berbincang tentang perkahwinannya pada malam sebelum kematian Cheng.

“Dia kata dia sayangkan saya dan buat semua itu untuk saya. Saya tidak tahu kenapa dia berkata begitu,” katanya.

Andrew Haigh, koroner Staffordshire Selatan yang mendengar inkues itu, membuat kesimpulan bahawa Cheng “mati bunuh diri kerana memendam kepedihan.”

Sumber : Malay Mail

 

Post a Comment

Previous Post Next Post