SEORANG penunggang motosikal berhadapan detik paling mencemaskan apabila dilanggar secara tiba-tiba oleh sebuah kereta Myvi berwarna kuning dalam kejadian di Bandar Tun Razak, baru-baru ini.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan pengguna Facebook Adyb Danysh, kejadian dikatakan berlaku pada jam 11 pagi di Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Port Dickson.
Posted by Adyb Danysh on Sunday, January 24, 2016
Kelihatan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z pada mulanya ingin memintas kenderaan di hadapannya iaitu Myvi tersebut.
Setelah memasuki laluan untuk memintas, pemandu Myvi kuning yang berada di hadapannya dilihat ‘terleka’ apabila tanpa memberi lampu signal kiri terus memasuki laluan motosikal tersebut sekaligus melanggar mangsa.
Bagaimanapun, suspek yang menggunakan kereta nombor pendaftaran NCW 4129 tidak berhenti, sebaliknya terus memecut laju.
Mujurlah mangsa yang tergolek-golek di atas jalan raya tidak dilanggar pemandu lain dan orang ramai yang berada di tempat kejadian terus menghampiri mangsa untuk memberikan bantuan.
Difahamkan, pihak polis sedang melakukan siasatan berhubung kemalangan ini.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |