KISAH SEBENAR PASANGAN KEKASIH MELAYU ISLAM CUTI BERSAMA BUAH HATI MASING-MASING


"Maaflah tak pakai tudung. Tudung wajib pakai kat sekolah je." Kata-kata Kiki Farel itu mengundang kontroversi apabila dia dengan bangga memuatnaik dan berkongsi gambar mereka sedang bercuti dengan pasangan hati masing-masing di Langkawi.

Gambar yang dikongsikan Kiki Farel ini tersebar meluas dan dikecam orang ramai. Gambar ini datang dengan kapsyen,

"Alhamdulillah, done bercuti bersama pasangan cinta hati masing-masing. Doakan 'relay' kami kekal 'Till Jannah'! Pulau Langkawi menjadi saksi kesawitan cinta qudus kami. Maaflah tak pakai tudung. Tudung wajib pakai kat sekolah je."

Namun, tahukah anda bahawa pemilik akaun Facebook, Kiki Farel itu adalah palsu?

Terbaharu, pemilik gambar berkenaan tampil meminta mereka yang menyebarkan gambar mereka di laman Page Facebook untuk menurunkan gambar itu kerana ianya adalah fitnah di mana, individu yang menyebarkan itu sebenarnya menggunakan akaun palsu untuk memfitnah mereka.

Pasangan Melayu Cuti Bersama Cinta Hati Masing-Masing Dikecam

Pasangan Melayu Cuti Bersama Cinta Hati Masing-Masing Dikecam

Jadi, terjawablah sudah kisah sebenar gambar ini. Anda diminta untuk tidak mempercayai info palsu mengenai gambar mereka ini. - blogmazeer.com

Post a Comment

Previous Post Next Post