'Laut Merah Disebabkan Sirih Yang Diludah 100 Bangladesh'


KUANTAN - Semalam, Kuantan Port Consortium (KPC) menafikan bahawa laut merah di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam berpunca dari perlombongan Bauksit. 

Ketua Pegawai Operasi KPC, Khasbullah A Kadir menegaskan, sungai yang menghala ke laut di dua kawasan itu tidak bersambung dengan Sungai Pengorak. Tambahan pula, KPC telah menapis pelepasan air dari pelabuhan ke Sungai Pengorak dan hasilnya air di sungai itu menjadi lebih baik sejak 29 Disember 2015. 

Bagaimanapun, netizen enggan menerima penafian KPC dan menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka kononnya laut merah itu berpunca dari 100 warga Bangladesh mengunyah sirih dan meludah di merata-rata di sekitar pelabuhan Kuantan. 

"Sirih punca pantai sekitar Kuantan bertukar menjadi merah. Pekerja asing dilihat gemar meludah merata-rata di sekitar pelabuhan Kuantan," kata Adee Muniff yang memuat naik gambar tersebut. 

"Ini adalah sirih yang diludah oleh lebih 100 warga Bangladesh. Siapa kata ini bauksit akan direjam sampai mati," sindir Mohd Faizal. 

"Mungkin daun sirih akan diharamkan selepas ini. Penanaman sirih dan pemakan sirih juga akan diharamkan sekali," kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM


Post a Comment

Previous Post Next Post