Orang Asli miliki ketahanan fizikal seperti CR7 dan Neymar – Datuk Seri Vida
PENGASAS produk Qu Puteh Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mahu lahirkan produk bola sepak negara dikalangan Orang Asli di Malaysia.
Beberapa pelatih akan dihantar ke setiap pelusuk bagi mencari pemain berusia diantara 15 hingga 18 tahun.
“Mereka ini mempunyai ketahanan fizikal luar biasa dan tangkas yang biasanya ada pada pemain bertaraf profesional seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar,” jelasnya yang dipetik dari BH Online.
Datuk Seri Vida melihat tidak mustahil Orang Asli mampu dibentuk menjadi pemain bertaraf antarabangsa ekoran mempunyai dua kualiti itu.
Bakat muda Orang Asli ini turut akan ditempatkan di asrama selain ditanggung belajar oleh Datuk Seri Vida sendiri.
Kepada yang berminat boleh hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Fiza ditalian 013-5808850.
Sumber : Awani