Siapa tidak kenal dengan pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini pernah bercinta dengan Aiman Hakim tetapi putus di tengah jalan. Dulu dikhabarkan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin tetapi malangnya hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin. – Fathia Latiff Serah Segalanya Kepada Aiman Hakim
Namun, Fathia mengakui yang dia sudah terima dengan hati terbuka tentang perpisahannya dengan Aiman Hakim malah dia akur tentang takdir Tuhan. Dia kini yang sedang fokus kepada kariernya menganggap putus cinta bukan penamat dalam hidupnya.
Bagi dirinya, setiap orang melakukan kesalahan dan pernah merancang tetapi siapa sangka bukan itu yang terbaik baginya.
“Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab kita semua tidak sempurna. Malah kalau tidak, kita tidak akan belajar apa-apa tentang kehidupan. Tetapi saya tidak pernah kecewa andai perancangan saya untuk ubah sesuatu (ke arah kebaikan) dalam hidup itu terbantut di tengah jalan”
Beliau juga mengakui yang dia sudah serik untuk berkongsi kisah cinta kepada umum dan dia mengatakan mungkin selepas ini dia tidak akan berkongsi lagi tentang kisah kehidupannya.
“Apabila difikirkan kembali, ada banyak impak yang tidak baik diterima apabila kita terlalu mendedahkan cerita peribadi di media massa. “Saya perlu menolak untuk berkongsi cerita dengan umum. Kali ini pendirian saya tegas.”
Apapun keputusan yang telah dibuat oleh Fathia, semoga dia tabah menghadapi dugaan ini dan terus maju dalam kariernya. - SUMBER GOSIPMALAYSIA.COM
Tags:
OMG