Kad La Genius Saver Dari Orang Bodoh Untuk Orang Bodoh | Hanya orang bodoh yang tertipu dengan teknik penipuan kad La Genius Saver yang kononnya boleh menjimatkan minyak, jimat elektrik, memulihkan tenaga dan macam-macam lagi testimoni yang langsung tidak masuk akal.
Ayuh, kita saksikan satu-persatu testimoni yang tak masuk akal dari pengguna kad La Genius Saver.
Mungkin bengang kerana dikritik tak henti-henti, seorang wanita yang dipercayai pengguna kad La Genius Saver tampil memberi penjelasan sebenar mengenai kad ajaib itu.
Berikut merupakan ulasan ilmiah Pseudoscience Watch mengenai isu ini.
Edisi: Penjelasan penjual kad ‘La'(tidak) Genius
Disebabkan kemajuan sains dan teknologi pada zaman sekarang, maka para penjual product scam pun perlu mengetahui serba sedikit tentang sains. Penjelasan perlu saintifik supaya orang2 yang lemah kepada subjek sains mampu tertipu dgn product tersebut.
Mudah sahaja untuk buat orang lain yakin iaitu dgn menggunakan ‘Jargon’2 sains ataupun dalam bahasa melayunya istilah yang selalu digunakan dalam menceritakan sains. Bagi org terbelalak sket mata tu.
Berkenaan dgn kad ini pula mereka menggunakan istilah seperti negative ion dan juga Far Infrared.
Persoalannya:
1) Bagaimana negative ion dapat memecahkan dan menguraikan molecule petrol?
Senang cerita ini mengarut je namanya. Dalam garam di dapur pun ada ion negative yang wujud bersama dgn ion positive iaitu Na1+ dan Cl1-. Klu benarlah ko punya pemahaman mcm tu, better guna garam dapur je.
2) Menggunakan Far Infrared(FIR)untuk menguraikan molecule2 petrol?
Far Infrared merupakan salah satu gelombang elektromagnet. Di dalam gelombang itu sendiri mempunyai ‘packets of energy’ yang boleh memindahkan tenaga kepada molecule2 petrol. Akhirnya, menyebabkan molecule2 petrol bergerak lebih pantas dan membuatkan ia cepat terwap dan bebas ke udara. Maka, isipadu minyak pun berkurangan. So, penjimatan apakah ini?
Itupun kalau betullah kad ini boleh hasilkan FIR. Banyak lagi yang boleh dipertikai dgn benda ni sebenarnya
3) Boleh memecahkan dan menguraikan molecule petrol?
Ini salah faham sains namanya. Klu dah molecule petrol tu pecah or terurai, dia akan jadi kompound/bahan kimia yang lain. So, pembakaran tak boleh berlaku klu mengikut penjelasan korang nih. Adoyai
#Ripphysics
#Ripchemistry
——————————————–
Bahagian yang paling penting dan paling utama setelah menjelaskan bagaimana kad La Genius Saver itu bertindak adalah TESTIMONI.
Mana2 produk yang dikatakan maha hebat dalam Malaysia ni memerlukan testimoni. Letak lah testimoni mengarut mcm mana sekali pun maka mesti ada org yang akan mempercayainya.
Jika tiada testimoni sudah pasti produk itu terkubur lama. Persetankan ilmu fizik, biologi, kimia, matematik dan sebagainya. Testimoni adalah lebih tinggi daripada ilmu2 tersebut
Jangan terkejut suatu hari nanti ada yang bagi testimoni yang GAJAH PUN BOLEH TERBANG DGN MENGGUNAKAN KAD LA GENIUS ni.
kalau tak pernah guna jangan sebarkan perkara yang tak pasti wahai tuan page ini. Guna sendiri baru tahu. Jangan jadi bodoh nak menjatuhkan bisnes orang lain.
ReplyDelete