Jakarta – Penyanyi juga pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani mencetuskan kontroversi gara-gara memuat naik status di laman sosial Twitter, memohon maaf terhadap kumpulan gerakan pejuang Islam yang aktif di Iraq dan Syria (ISIS – Islamic State in Iraq and Syria).
Status tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen banyak pihak.
Enggan isu tersebut berlarutan, Ahmad Dhani akhirnya memberikan penjelasan,
“Saya menerima banyak panggilan telefon daripada teman-teman juga ibu saya yang tinggal di Bali, yang bertanyakan tentang isu ini dan mereka memaklumkan pada saya bahwa isu ini sudah kecoh di Facebook. Mereka merasakan saya dibuli.
“Saya tidak pernah mengalami situasi dibuli, jadi saya tidak tahu bagaimana rasanya dibuli,” katanya seperti yang dilaporkan Detik.Hot.
“Sebenarnya tweet saya itu, dalam bahasa Indonesia. Mungkin ramai yang tidak mengeti maksudnya. Itu kan bahasa uslup, dan tidak mudah difahami dengan pemahaman biasa.
“Tapi sesetengah orang mungkin akan faham baahwa itu adalah tweet cerdas,” kata bekas suami Maia Estianty itu.
Dhani menjelaskan, dia sebenarnya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa yang sudah dituliskannya itu. Namun ibunya yang menyuruhnya untuk memberikan penjelasan mengenai hal tersebut.
“Mama yang suruh saya beri penjelasan.
“Sebenarnya ada dikalangan masyarakat yang cukup ilusional, mereka tidak ikuti tentang sejarah.
“Hanya kerana saya ini pemuzik jadi saya berdepan dengan perkara-perkara yang berkaitan menghapuskan pemikiran radikal,” katanya.
SUMBER
Tags:
OMG