PETALING JAYA: Pelakon Mia Ahmad berasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan laporan sangat memalukan sekali gus ditangkap khalwat baru-baru ini.
Mia atau nama sebenarnya Shamiaha Ahmad Baderi, 27, berkata, is dianggap sebagai fitnahyang sangat memalukan sekali gus menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.
"Saya tidak tahu apa-apa sehinggah saya pulang bercuti dari Bangkok, Thailand, rakan saya memberitahu tentang gosip tersebut.
"Selepas membacanya sudah tentu saya rasa sedih kerana ia adalah fitnah melibatkan maruah saya,"katanya kepada mStar Online.
Pada 12 Jun lalu, gambar seorang wanita yang dikatakan elakon popular ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agma Islam Selangor (Jais) tersebar di laman sosial.
Beberapa individu menudu kononnya Mia adalah wanita yang ditangkap itu
Sementara itu, Mia berkata, berasarkan informasi dripada rakan-rakan dan peminatnya, tuduhan itu disebarkan oleh individu yang ingin menjatuhkan kariernya.
Bagaimanapun, dia tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap indiviidu berkenaan.
"Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu itu tahu apa hukuman orang yang memfitnah. Jujurnya tuduhan ini adalah sangat melampau. Saya sudah lama bersedia dengan gosip-gosip yang bakal menimpa tetapi mengenai isu ini, ia sudah di luar batasan.
"Saya harap individu itu sedar dengan kelakuannya yang menganiaya orang yang tidak bersalah," ujurnya yang bakal muncul menerusi drama Delima Wanita pada penghujung Jun ini di RTM. - Sumber Mstar Online.
Tags:
OMG