Polis Susukan Bayi Yang Ditemui Di Hutan Dipuji

SEORANG polis wanita di Colombia, Luisa Fernanda Urrea, dipuji atas sikap keibuan dimilikinya ketika menyelamatkan seorang bayi yang dijumpai di dalam sebuah hutan baru-baru ini.
Ini kerana sewaktu menunggu ketibaan ambulans, polis wanita berjiwa murni ini telah sempat menyusukan bayi tersebut bagi mengelakkan kanak-kanak kecil tersebut mati akibat kelaparan.
Dia yang ditemui berkata, bayi itu ketika ditemui kelihatan kelaparan dan lemah,“saya menyusukan anak ini kerana saya juga merupakan seorang ibu dan saya memahami apa yang anak kecil ini mahukan.”
Kemurnian hati mendapat perhatian ramai pihak.
Kemurnian hati Luisa mendapat perhatian ramai pihak.
Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu pada asalnya ditemui oleh Edinora Jimenez, 59; ketika dia sedang mengutip buah.
Edinora sama sekali tidak menjangkakan bahawa tangsian berkenaan adalah tangisan seorang bayi perempuan. Beliau yang panik terus menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.
Bayi itu menerima rawatn di hospital dan kini disahkan tidak mengalami sebarang keradangan dan kesakitan.
Bayi itu menerima rawatan di hospital dan kini disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Wakil jurucakap polis, Javier Martin, berkata, bayi perempuan itu mengalami sedikit luka kecil dan berada dalam keadaan kesejukan (hypothermia).
Bagaimanapun, bayi berkenaan sudah dirawat dan kini berada dalam keadaan sihat.
Pihak polis juga telah menghantar bayi berkenaan ke Colombian Institute of Family Welfare (ICBF) untuk dijaga buat sementara waktu sebelum diserahkan kepada mana-mana pasangan yang ingin mengambilnya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro UK

Post a Comment

Previous Post Next Post