Respon pedas Shaheizy Sam kontroversi Syatila Melvin perli Fazura

Sebelum ini Shaheizy Sam menafikan pernah bercinta dengan Fazura, manakala pelakon Syatila Melvin pula dikatakan memerli Fazura kerana Sam tidak pernah mengumumkan atau mengiyakan mereka pernah bercinta, melalui Utusan Online kedua-dua pelakon itu masih berteka-teki tentang hubungan mesra mereka berdua.

Kata Sam, Syatilla ialah kawan perempuannya yang paling rapat waktu ini manakala kata Syatilla, adalah lebih manis jika Sam sebagai seorang lelaki memberi penerangan tentang hubungan mereka. Kata Syatila:

"Saya tidak akan mengulas cerita hubungan kami . Tetapi saya akan mengiyakan apa saja yang Sam katakan.

Saya memilih untuk menjadikan hubungan saya dengan Sam seperti teka-teki. Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan.

Ini kerana lazimnya, wanita yang kerap dipersalahkan masyarakat jika bersikap terbuka tentang soal peribadi. Justeru saya bimbang jika hubungannya itu tidak menjadi kelak dan menjadi bahan yang diperkatakan."


Sam, 33, pula tidak pula menolak untuk bercerita tentang hubungannya dengan aktres berusia 24 tahun itu. Baginya, Syatilla mempunyai ciri jodoh idaman serta befikiran positif dan tidak berikap hipokrit.

"Saya tidak akan merendah-rendahkan wanita terutama dalam memilih calon isteri yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya.

Saya turut menitikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya yang turut menafikan pernah mengalami fasa putus cinta dan kemudiannya menyambung kembali hubungan dengan Syatilla seperti didakwa sebelum ini.

Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya.

Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga. Akhirnya yang cantik itu akan bertukar menjadi buruk."


Daripada gaya jawapan mereka memberi bayangan seolah-olah keduanya mempunyai hubungan istimewa malah Syatilla serinng memuatnaik gambarnya bersama keluarga Sam di Instagram.

Jika benar mereka bercinta takda salahnya, bak kata Sam cantik itu tidak penting asalkan pandai mengambil hati ahli keluarganya. Semoga mereka berdua bertemu dengan jodoh idaman suatu hari nanti.

Sumber : Beautifulnara

Post a Comment

Previous Post Next Post