ADELAIDE – Ribuan orang sanggup berbaris panjang semata-mata hendak melihat secara langsung sambil menikmati aroma kentut bau busuk bunga bangkai setinggi dua meter di Taman Botani Mount Lofty di sini.
Bunga nadir tersebut merupakan spesies tumbuhan berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia yang ditanam di taman itu sejak 10 tahun lalu, menurut laporan stesen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) baru-baru ini.
Bernama saintifik Amorphophallus titanium atau lebih dikenal dengan sebutan bunga bangkai, pokok gergasi ini mulai dipamerkan kepada awam sejak 28 Disember lalu di ruang kaca milik Taman Botani Mount Lofty.
Ekoran keterujaan tinggi masyarakat yang sangat luar biasa untuk melihat bunga bangkai ini, pihak pengelola taman terpaksa melanjutkan waktu operasi harian mereka selama dua jam iaitu sehingga pukul 6 petang.
Pada Selasa lalu, bilangan pengunjung mencecah lebih 4,000 orang, kata salah seorang pegawai taman, Matt Coulter dan menjelaskan, tumbuhan itu telah ditanam dari bentuk pucuk tunas bunga sejak sedekad lalu.
Menurut beliau, bunga bangkai yang memiliki diameter sekitar satu meter dan tinggi dua meter ini mampu mengeluarkan bau tengik seperti jasad binatang mati cukup meloyakan tekak jika dihidu secara langsung.
“Ketika saya buka rumah kaca pada pagi hari, bau bangkainya sangat menusuk hidung, saya sampai tidak kuat berdiri dan nyaris muntah. Tapi lama kelamaan kita akan biasa, dan tidak lagi merasa mual akibat bau itu.”
Ujar Coulter, bunga berkenaan telah mula tumbuh mekar sejak satu bulan lalu dan pesat membesar dengan sangat cepat, iaitu secara purata setiap harinya boleh mencapai paras ketinggian 18 sentimeter.
“Ketika saya datang dan melihatnya kelmarin pagi, kuncup bunga itu masih tertutup rapat… namun pukul 6 petang tiba-tiba sahaja ketika saya kembali, kelopak bunga itu sudah terbuka sepenuhnya,” kata beliau lagi.
“Rasanya amat luar biasa sekali dapat melihat secara depan mata keadaan bunga bangkai di Adelaide bahkan dengan jelas mampu menyaksikan sendiri bentuk bunga tersebut dari jarak dekat,” kata wanita itu.
“Saya pada mulanya fikir baunya itu akan sangat menyengat seperti bau bangkai haiwan yang sangat busuk, tetapi ternyata tidak benar malahan bunganya juga yang berwarna ungu ini sangat indah,” jelas beliau lagi.
Seorang lagi pelawat tempatan, Kelly Dann mengaku dia terpaksa menunggu selama satu jam hanya untuk sekadar melihat bunga bangkai ini dan seterusnya dapat mencium sendiri aroma kehebatan bau tengiknya.
“Kami tidak menyangka harus beratur panjang dan menunggu begitu lama semata-mata untuk melihat bunga ini, kami juga harus parkir kereta agak jauh dari taman ini. Semua itu berbaloi dilakukan demi bunga ini,” katanya.

Tags:
BP