SERONOK JADI ISTERI - MASAKAN MARSHA PIKAT SUAMI


Masakan sendiri seperti cucur tauhu, mee goreng, asam laksa dan juga makanan Sabah serunding tuhau serta makanan Utara kari kepala ikan merupakan makanan kegemaran suami Marsha Milan Londoh. 

"Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar. Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain. 

"Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik InsyaAllah," ujar Marsha dipetik sebagai berkata selepas majlis resepsinya di Sabah selesai. 

Bagaimanapun,, dia dan suaminya masih belum merancang berbulan madu memandangkan mereka sibuk dengan urusan lain termasuk majlis resepsi yang akan diadakan esok di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. 

Foto: Marsha IG
 

"Kami belum memikirkan mana-mana lokasi sesuai untuk berbulan madu kerana ada beberapa tanggungjawab yang harus didahulukan. 

"Selepas semua selesai barulah kami dapat berbulan madu. Berkenaan dengan rancangan keluarga pula, kami sedia sekiranya diberikan rezeki anak," tambah Marsha yang bernikah pada 31 Disember 2015 lalu di Georgetown, Pulau Pinang. 



Sumber: Mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post