Kerajaan Malaysia mengesahkan “serpihan” yang dikatakan bangkai pesawat yang ditemui di Thailand bukanlah dari pesawat MH370.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan pada tengah hari Selasa.
Menurut beliau, pasukan penyiasat khas Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam, pihak kementerian dan Penerbangan Malaysia mendapati nombor siri pada bahagian-bahagian yang ditemui pada serpihan tersebut tidak menepati nombor siri sebagaimana yang terkandung di dalam manual katalog pesawat Boeing 777 milik MAS itu.
Serpihan tersebut telah ditemui terdampar di pantai Nakhon Si Thammarat di Timur Thailand sedangkan pesawat malang itu terhempas di selatan Lautan Hindi yang terletak di sebelah Barat.
Sumber: MStar