PENYANYI dan komposer terkenal, Sia, selama ini terkenal dengan sikap suka ‘menyembunyikan’ wajahnya daripada media dan juga peminat.
Pelantun Chandelier dan Wild Ones ini sering tampil membuat persembahan dengan pelbagai rupa rambut palsu yang pelik. Rambut palsu yang sering digunakannya juga selalu dipastikan menutup wajahnya yang sebenar.
Ramai peminat dari seluruh dunia sudah lama berteka-teki dan ingin mengetahui rupa sebenar penyanyi bersuara besar ini.
Akhirnya, penyanyi kelahiran Australia yang berusia 40 tahun ini telah mendedahkan wajah sebenarnya ketika keluar membeli minuman di sebuah kedai kopi di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Sia atau nama sebenarnya Sia Furler yang dipanggil menjadi tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara Ellen DeGeneres Show berkata, “Tujuan menyembunyikan wajah kerana saya mahukan keselesaan, saya bebas ke mana sahaja untuk membeli barang, masuk ke tandas sesuka hati, tanpa diikuti oleh papparazi.”
Sia juga mengumumkan bakal mengeluarkan albumnya yang terbaharu, This is Acting, yang bakal menggegarkan pasaran pada 29 Januari depan.
Jadi, buat semua peminat Sia, pasti anda berpuas hati setelah penyanyi ini nekad untuk mendedahkan wajahnya yang sebenar. Ternyata wajahnya tidaklah hodoh untuk ‘disembunyikan’. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Daily Mirror
Tags:
OMG