Berpunca daripada menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Perdana Menteri sebelum ini, penyanyi Soo Wincci mengakui terpaksa menanggung hutang sehingga nyaris diiystiharkan muflis kerana gagal mendapatkan tajaan mengadakan konsertnya pada tahun lalu.
“Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan. Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.
“Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” jelasnya kepada mStar Online. Sebelum ini, Wincci nekad meneruskan konsertnya dengan melaburkan RM500,000 selepas beberapa penaja menarik diri gara-gara desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Ekoran itu, Wincci tidak dapat melaburkan wangnya untuk membuat promosi konsert berkenaan sehinggakan tiket persembahan tidak mendapat sambutan. Bagaimanapun, penyanyi ini tidak menyesal kerana perkara tersebut membuatkan dia dikenali sehingga ke luar negara. (SUMBER ROTIKAYA)
Tags:
OMG