'Suruh Sultan Negeri Lain Beri Anugerah Kepada Ayah Kalau Sultan Melaka Tidak Sah'


KUALA LUMPUR - Abdul Rani Kulup tidak kisah jika anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diberi oleh Sultan Melaka Raja Noor Jan Shah Tuah itu dianggap tidak sah oleh kebanyakkan pihak.

"Kalau mereka kata Sultan Melaka tak sah, suruhlah sultan yang lain berikan anugerah kepada ayah. Banyak jasa saya kepada sultan yang lain termasuk menjaga pengorbanan kepada bangsa, negara dan agama Islam," katanya. 

Bagi Raja Repot itu, hanya Sultan Melaka Raja Noor Jan saja yang sedar akan jasanya meskipun beliau pernah membuat satu laporan polis demi maruah individu berkenaan.

"Ayah terkejut, tidak sangka dengan satu repot yang dibuat pada tahun 2012 menggerakkan hatinya untuk menganugerahkan gelaran ini kepada ayah. Pastinya saya perlu berterima kasih dengan keprihatinan beliau dan menghargai jasa ayah.

"Ayah sudah buat repot pelbagai isu lain termasuk yang melibatkan penghinaan kepada Sultan Selangor, Johor, Perak dan Kedah. Tetapi hanya Raja Noor Jan sahaja yang memberikan anugerah. Alhamdulillah, saya gembira dengan pemberian ini. Ia satu hadiah istimewa selain dari mendapat pingat penganugerahan," katanya yang menerima gelaran itu pada Isnin lalu selain dari menerima sebilah keris dan sepersalinan pakaian dari Sultan Melaka. 

Abdul Rani menegaskan dia tidak menyogok wang ringgit pada Sultan Melaka itu semata-mata mahu mendapatkan gelaran tersebut. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post