Hal itu diakui sendiri oleh pengasasnya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dengan mendedahkan dihubungi beberapa pasukan Liga Malaysia yang mahukannya menjadi penaja.
Bagaimanapun tidak ada sebarang keputusan lagi dibuat setakat ini memandangkan soal penajaan memerlukan kajian yang mendalam, apatah lagi membabitkan belanja yang tinggi.
"Lebih dari tiga atau empat negeri yang tawarkan saya jadi penaja, cuma saya tak nak main ambil saja sebab modal besar," katanya.
Aliff berkata pihaknya akan membuat pengumuman rasmi jika beliau mahu menaja mana-mana pasukan bola sepak negeri. -Siakapkeli.my
Tags:
OMG