'Wa Bagi Lu 50 Tandan Tapi Lu Jangan Curi Lagi'


Aku tak kenal lelaki Cina ini. Tetapi dalam sedang aku menunggu, aku basuh kereta, dia tengok aku, aku tengok dia. So, tak bertegur sampailah aku senyum pada dia, dia pun terus menegur dan menarik kerusi untuk berbual dengan aku. 

Yang aku tersentap, tak pernah aku tengok Cina mengalirkan air mata sambil bercerita dengan aku tentang beberapa perkara yang berkaitan ekonomi hari ini. Yang membuatkan aku menangis adalah apabila beliau menceritakan satu peristiwa seorang Melayu mencuri buah sawit di kebunnya dan beliau berjaya menangkapnya.

Apabila ditanya, Melayu itu berkata dia terpaksa mencuri kerana tiada duit, hidup susah, barang mahal, ada anak dan lain-lain lagi. 

Dia menceritakan yang lelaki Melayu itu mencuri 20 tandan sawit, dan beliau menambahkan lagi tandan sawit itu menjadi 50 tandan sambil berpesan kepada lelaki itu.

"Wa tak mahu pukul lu. Wa tak mahu report polis, wa malas mahu naik mahkamah macam-macam. Wa Cina sembahyang punya. Wa bagi lu 50 tandan, tapi wa tak mahu lu mencuri lagi. Lu orang Melayu sembahyang minta tolong dari Tuhan la. Mesti dia bagi ma. Lu minta sama dia ma, wa pun Cina, ada sembahyang, wa susah wa minta sama wa punya tuhan," ceritanya sambil menitis air mata. Begitu juga dengan lelaki pencuri itu, menangis ssama. 

"Kalau kerajaan hari ini tidak pulihkan ekonomi, lebih ramai lagi yang akan panjang tangan," tambahnya lagi. 

Sebelum dia beredar, dia sempat berpesan kepadaku, "Kita orang sembahyang, hati ada sikit sensitif. Kalau mahu marah orang, mesti sentuh itu hati, confirm dia jadi baik. Lu pukul pun tak ada guna kalau hati dia sudah mati," katanya. 

Sekadar itulah pengalaman hari ini. - Akil El | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post