Waris Dapat Gelaran Datuk Dari YDP Besar Negeri Sembilan?

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Tahniah kami ucapkan pada penyanyi rap, Waris kerana telah dikurniakan anugerah oleh YDP Besar Negeri Sembilan, sewaktu hari keputeraan baginda.. Penyanyi ini sangat terkenal dengan lagu ‘Gadis Jolobu’.. Bagi kami, boleh tahan best juga lagu ini.

Waris ini memang terkenal dengan menyanyikan lagu-lagu menggunakan loghat Negeri Sembilan.. So, kami rasa memang dia layak pun untuk mendapat anugerah seperti itu.. Iyerlah, bukan senang nak tarik hati netizen dengar lagu loghat Negeri Sembilan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Waris telah kongsikan saat dan detik indah dia mendapat anugerah itu kepada peminatnya.. Sehingga kini, anugerah apa yang diterimanya masih tak dapat dipastikan.

Tapi, ramai peminat Waris yang dah mula panggil Waris dengan gelaran Datuk Waris.. Iyerlah, selalu kalau dapat anugerah ini, orang fikir akan dapat anugerah gelaran Datuk je.. Tak terfikir pulak benda lain.. Mungkin memang dapat gelaran Datuk kot.

Apapun, kalau betul sudah dapat gelaran Datuk, itu memang sesuatu yang perlu dibanggakan.. Penat lelah Waris dalam mencipta lagu menggunakan loghat Negeri Sembilan akhirnya telah membuahkan hasil.. Tahniah sekali lagi diucapkan buat Waris.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post