Wedding of the year, perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat tajaan RM25 juta
Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pada 8 Februari depan boleh disifatkan sebagai ‘Wedding of the Year’ apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM25 juta.
Perkara itu diumumkan sendiri penaja yang terbabit dalam majlis perkahwinan pasangan pelakon ini. Selain jenama barang kemas antarabangsa, Ceres, bernilai RM20 juta, majlis pasangan selebriti terbabit turut mendapat tajaan daripada Jakel, KL Wedding Ministry, Zaha Wedding Planner, Azasna Design, Atelia Amani, Lord’s Tailor, Saiful Baharim dan Arma Couture.
Tidak ketinggalan menghulurkan sokongan ialah Qudyn KL, Laura Daddys, Casaclo, Kaio Studio, Amir Naufal Phootobooth, Moments Photobooth dan Hotel Sunway Putra.
“Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” kata Sam. Tidak asing dari segi kerjasama bersama golongan selebriti, namun perkahwinan Sam dan Syatilla menjadi tajaan terbesar Ceres setakat ini.
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sudah saling mengenali sejak 2010, bagaimanapun hubungan mereka menjadi semakin intim kira-kira lima bulan lalu. Pasangan ini akan dinikahkan di rumah keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada 8 Februari depan. Ia diikuti majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari dan di Hotel Mandarin Oriental, di sini, pada 14 Februari.
Sumber : BH