Jika sebelum ini Syatilla Melvin dipersoalkan kerana memakai seluar dalam majlis bertunang, tapi semalam dia dan Shaheizy Sam yang diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Bukit Jawi Resort, Pulau Pinang, ditegur mengenai 'turban' pula.
Dakwa segelintir pihak, turban yang digunakan Syatilla untuk menutup bahagian rambutnya itu agak tidak kena dengan dirinya sehingga membuatkan Sam kelihatan sedikit rendah.
Bukan itu sahaja, malah turban itu juga telah menampakkan sedikit rambut Syatilla yang merupakan auratnya sebagai seorang yang berhijab.
Kami rasalah kemungkinan juga Syatilla terpaksa berbuat demikian kerana mengikut kehendak pihak penaja. Siapa tahu mungkin penaja untuk anting-anting tu yang menyuruhnya berbuat demikian?
Yelah... tajaan perkahwinan mereka bukan ke sehingga RM25 juta. Tak gitu?
Sumber - www.myartis.com/
Tags:
OMG