Zaman sekarang ni bagi sesiapa yang baru habis belajar walaupun ada degree pun susah nak dapat kerja. Iya lah, kalau mohon kerja dan bila pergi interview je mesti nak yang dah ada dua, tiga tahun pengalaman kerja. Macam mana bagi yang fresh grade ni peluang?
Bagi wanita ni, dia ada caranya mengatasi masalah tu. Kata orang, setiap permasalahan mesti ada jalan penyelesaiannya kan? Dengan berniaga kipas di pasar sahaja, wanita ni boleh menampung hidup seharian. Macam mana tu eh?
Bagaimana seorang wanita yg memiliki ijazah gembira dengan kehidupannya dengan hanya menjual kipas di pasar malam?
1. Kak, kak ada degree engineering kot.. Elektrik.. Jadi engineer dohh.. Tapi kenapa dok p menega kat pasaq malam?
2. Tak rasa sia-sia ka ada degree tapi menega lagu tu?
3. Kak dok menega tu boleh duit banyak mana? Pi la kerja kerajaan nuu,apply apa2..
4. Macam mana kak boleh tak segan haa dok menega macam tu?
5. Mcm mana boleh dapat idea nak jual kipas?
2. Tak rasa sia-sia ka ada degree tapi menega lagu tu?
3. Kak dok menega tu boleh duit banyak mana? Pi la kerja kerajaan nuu,apply apa2..
4. Macam mana kak boleh tak segan haa dok menega macam tu?
5. Mcm mana boleh dapat idea nak jual kipas?
Ini dinamakan survival kehidupan dik. Yang mana kau perlu lakukan satu anjakan paradigma untuk diri kau tambah2 zaman sekarang ni. Can u compete with 1.5million bangladeshi soon?
Mai sini sis nak terang satu2 kat hang dikkk..
Mai sini sis nak terang satu2 kat hang dikkk..
1. Memandangkan ramai graduan menganggur,sis ambil inisiatif untuk berniaga kecil-kecilan di pasar malam. Maksudnya disini,daripada sis buang masa sis tanam anggur yang takkan tumbuh tu,sis dapat jana pendapatan sis. Which mean,everyday i have gain money better than do nothing.
2. Tak sia-sia dik. Ada degree, tapi jual kipas angin. Masa sis diploma sampai ke degree ni, kemahiran sis agak kurang, theory is more than skill. Cakap je ambil elektrik tapi nak buat wiring, perbetul lampu pun tak reti. So now i just grab the chance to fix the fans, change the capacitor,thermal fuse, and other related damage. Bila kipas tu dari noob,terus function, perghhhhh sis rasa mcm sis dah tawan dunia gituu. Seronok kot.. Feel dia rasa lagi seronok dari kau berjaya settle final year project kau. (Teringat pulak). So skrg,sis nampak ilmu theory dan kemahiran sis semakin seimbang.
3. Ni sebenarnya kerja part time ayah sis. Sis hanya meneruskan legasi. Memandangkan ayah sis bekerja so we couldnt manage and focus on this bussiness full time.Dapat duit banyak mana tu,sis sebenarnya taknak cerita tapi since sis rasa sis nak buka mata dan minda adik,meh sini sis cerita secara ringkas. Dalam seminggu,sis masuk pasar malam 3x. Sewa tapak per entry hanya RM3. Ok let say, per entry kipas sis laku 5 biji minimum (ini secara kasar la) 5xRM60 = RM300/entry.Utk 3x entry seminggu , RM300x3=RM900. Sebulan kan ade 4weeks, so RM900x4= RM3600/month.
(*kipas dijual adalah kipas yg dibuat semula macam baru dikutip di tempat recycle.
(*kipas dijual adalah kipas yg dibuat semula macam baru dikutip di tempat recycle.
Ini sis kira minimum tau dik belum masuk yang hantar kipas minta perbetul,datang rumah,pm dan supplier lain lagi. Rezeki Allah tu sgt luas..Sis ada ja minta kerja position engineer dekat jobstreet,walk in,drop resume ke company semua tu. Fyi, sis dah tolak 2 kerja sebab outside utara (takut homesick) dan starting gaji campur elaun pun kurang dari sis kerja jual kipas ni.
4. Mula-mula segan,lama-lama jadi syiokk. Soft skill is important here! Imagine mcm kau buat presentation dulu time study, masa promote dekat customer,apa lagiii gunalah soft skill yang ada.
5. Sis dah start bisnes ni dari zaman stdy lg,jual kat kawan2 yang duduk asrama dan rumah sewa. Tiap2 malam depa panas . Masa zmn stdy sis mmg suka buat part time, penat bekerja lepastu sis reward la utk diri sendiri. Memandangkan sis jenis backpacker,stakat ni dah masuk 4 negara sis p.. Bulan depan bakal bertambah negara ke-5 sis tawan, inshaallah. Jyeahhh doakan sisLast but not least, u choose your way of life. You can't please everyone. When you're too focused on living up to other people's standards, you aren't spending enough time raising your own. Some people may whisper, complain and judge. But for the most part, it's all in your head. People care less about your actions than you think. Why? They have their own problems! Just work on what u passion with and the most important part is, you're happy with what u do !!
Pss: Isnin pagi dekat pekan senayan Kota Kuala Muda,Khamis malam dekat pasar malam Sg.dua,Jumaat malam dekat pasar malam tsunami kota.Kalau nak kipas, jgn lupa pm sis. .
- Effa Asyifa anak muda berwawasan ini tinggal di Kepala Batas.:http://ift.tt/1QIjwID
- Effa Asyifa anak muda berwawasan ini tinggal di Kepala Batas.:http://ift.tt/1QIjwID
Sumber: Facebook Penang Kini
Tags:
OMG