KUALA LUMPUR: Berikutan isu kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke Malaysia, sekeping gambar menunjukkan warga asing yang didakwa sedang beratur di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA) tersebar di laman sosial, hari ini.
Walaubagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi sebenar lapangan terbang tersebut.
Malah, identiti kerakyatan, mahupun dakwaan mereka adalah pekerja asing, juga tidak dapat disahkan kerana tiada bukti yang mengatakan mereka adalah warga Bangladesh.
Berikutan itu, berdasarkan tinjauan dan maklumat yang dikumpul oleh Malaysian Digest, gambar yang tersebar itu jelas adalah palsu berdasarkan rekaan dalaman lapangan terbang dalam gambar tersebut.
Malah, beberapa pintu ketibaan utama Malaysia seperti di KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga menunjukkan struktur dalaman lapangan terbang yang berbeza daripada gambar berkenaan.
Berdasarkan gambar-gambar dibawah jelas ia telah diambil dari tempat lain.
Gambar itu dipercayai dimuat naik sebagai usaha mengaburi mata rakyat Malaysia dan mencetuskan provokasi terhadap kerajaan.
Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diharapkan agar menyiasat penyebaran maklumat palsu ini dan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
-mD