Akim Pilih Cincin 5 Permata Untuk Stacy

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Masuk saja bulan Februari ini, banyak majlis perkahwinan artis yang bakal berlangsung.. Antaranya pasangan Akim dan Stacy, serta Sam dan Syatilla.. Buat pasangan yang bakal berkahwin, perkara yang paling penting perlu ada dalam majlis perkahwinan mestilah sebentuk cincin.

Kami dapat tahu cincin yang bakal disarungkan di jari manis Stacy, yang diberikan oleh Akim adalah cincin bertahtakan lima permata di sekelilingnya.. Mesti cincin tu mahal dan sangat cantik.

Menurut Akim, cincin bertahta lima permata itu memiliki maksud tersendiri.. Corak berbeza dari biasa dan membawa maksud yang mendalam.. Corak itu dipilih oleh Akim bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan mereka nanti.

Seperti kita semua tahu, salah satu sebab rumahtangga goyah kerana suami dan isteri tak menjaga solatnya.. Akim juga akui perkara itu, rapuhnya tiang agama boleh menyebabkan kegoyahan rumahtangga.. Akim berharap Stacy dapat memahami maksud tersirat pemberian cincin tanda cintanya itu.

Kami doakan segala persiapan mereka untuk majlis perkahwinan akan berjalan seperti yang diinginkan.. Semoga Akim dapat membimbing Stacy mendalami agama Islam dengan baik.. Diharap masjid bakal dibina mereka berkekalan.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post