GAMBAR di atas yang memaparkan sekumpulan lelaki ‘berjemur’ ini bukanlah merupakan latihan fizikal, sebaliknya denda akibat tidak tunaikan solat.
Ya! Gara-gara tidak solat, kira-kira 78 anggota polis di Surabaya, Indonesia telah didenda melakukan tekan tubi, lompat pengakap dan pelbagai jenis senaman sebelum diarah tidur di bawah panas mahatahari di hadapan pejabat.
Mereka diarahkan berbuat demikian sebagai hukuman akibat malas ke Masjid bagi menunaikan solat Zuhur, sewaktu azan sedang berkumandang, ketika berada di pejabat.
Ketua ibu pejabat polis Surabaya, Toni Sugiyanto berkata beliau amat kesal melihat anggota berkenaan hanya bersantai di berek masing-masing ketika azan berkumandang walaupun tidak bertugas atau meronda.
Denda berkenaan yang baru dimulakan sejak 10 Februari lepas dikenakan terhadap anggota polis yang beragama Islam sahaja di mana mereka diwajibkan solat di masjid di perkarangan ibu pejabat polis setiap kali masuk waktu.
Menurutnya, hukuman yang dikenakan ke atas anggota yang tidak bersolat itu adalah teguran agar mereka belajar mentaati perintah.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |