Betul Ke Artis Ni Lesbian?

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Korang kenal tak dengan penyanyi Azharina Azhar? Kami kurang kenal sangat, katanya dia ni penyanyi yang dahulu pernah popular dengan lagu ‘Elergi Sepi’..

Lepas lama menyepi, kini timbul gosip dia ni adalah salah seorang pencinta wanita, lebih dikenali sebagai lesbian.. Punca timbul gosip ni pun sebab orang selalu nampak dia dok berjalan bersama seorang wanita berambut pendek..

Azharina bila ditanya tentang perkara ini, dia menafi sekeras-kerasnya dakwaan itu.. Wanita yang berambut pendek tu sebenarnya bukan pasangan dia la wei! Tu adik kandung dia tau.. Terasa Azharina dengan pihak-pihak yang dah fitnah tanpa menyelidik terlebih dahulu..

“Dari dulu lagi orang bercakap buruk mengenai saya. Ada yang katakan saya dibela lelaki kaya selepas bercerai, ada pula yang menuding jari menuduh saya seorang lesbian apabila saya berjalan mesra berdua bersama seorang wanita berambut pendek sedangkan wanita itu adalah adik saya sendiri.

“Perkara ini membuatkan keluarga saya terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh pihak tak bertanggungjawab. Namun begitu, keluarga saya tahu siapa saya sebenarnya.” katanya..

Kalau benda tu tak benar, kami harap Azharina tak mengambil peduli kata-kata orang.. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia macam mana nak tutup.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post