Lebih 100 kucing semalam ‘menawan’ puncak Menara Kuala Lumpur dan turut memperagakan fesyen mereka di mercu tanda Kuala Lumpur itu.
Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Khalid Rashid berkata pertandingan ‘KL Tower Cat Show’ dan pertunjukan fesyen kucing bertemakan ‘An Evening in KL Tower’ pertama kali di adakan di Menara KL yang berlangsung selama dua bermula semalam.
“Selain mahu memberi kelainan daripada pertunjukan sebelum ini, lokasi ini juga dilihat mampu menggalakkan lebih ramai pelancong datang, dan ia juga diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan esok (hari ini),” katanya kepada pemberita di sini.
Selain itu, kategori Kucing Baka Parsi Terbaik dan pertandingan menghias sangkar kucing turut diadakan.
A video posted by Menara Kuala Lumpur (@menarakl) on Jan 30, 2016 at 10:50pm PST
Seorang pemilik kucing, Nurlyana Abdullah, 30, berkata dia amat teruja dengan pertandingan kali ini yang dilihat satu pengalaman menarik, terutamanya melibatkan lokasi pertandingan itu.
“Kalau bukan kerana pertunjukan ini, tak mungkin dua ekor kucing kesayangan saya dapat ke menara setinggi 421 meter ini.
“Kebiasaannya pertandingan sebegini akan diadakan di pusat membeli-belah atau pusat konvensyen tetapi kali ini ia diadakan Menara KL, selain menarik kehadiran pencinta kucing, pengunjung dapat menikmati pemandangan ibu kota,” katanya. — Bernama
Sumber : Malay Mail