HAMPIR setiap orang punyai impian ingin miliki rumah sendiri namun yang terfikir dan berusaha meraihnya secara inovatif seperti lelaki ini tak ramai.
Muhamad Azree Abdul Rahim, 26, adalah contoh anak muda yang tahu ‘menikmati’ hidup dengan caranya sendiri meskipun sederhana. Hasilnya, dia dapat merasa nikmat kegembiraan memiliki rumah sendiri jauh lebih awal daripada kebanyakan teman seusia dan paling penting tidak dibebani hutang bertimbun.
Ideanya utamanya adalah kontena.
Memang sudah ada yang mengubahsuai kontena sebagai tempat menginap tetapi yang mengusahakannya hingga jadi kediaman berkembar 3 tingkat agak jarang didengar, sekurang-kurangnya di negara ini.
Ternyata idea ini bijak diimplemen dalam keadaan ekonomi sekarang yang jangankan nak memiliki rumah sendiri, kebanyakan kita di usia 20an memiliki gaji cukup-cukup makan sahaja – itupun dah mula ada hutang dengan pihak bank.
Lihatlah sendiri bagaimana Azree miliki rumah idamannya (siap dengan taman di tepi rumah dan interior menarik!).
Rumah idaman Azree masih belum siap sepenuhnya dan hingga kini masih dalam proses pembinaan namun ianya sudah boleh diduduki dan hari demi hari pelan yang dirangka dan dikongsikan dengan umum di Facebook Rumah Kontena Official danrumahkontena.com semakin jelas.
Diharapkan lebih ramai anak muda di luar sana berasa cemburu dan berusaha untuk jadi seperti Azree agar dapat menikmati hidup di zaman ini tanpa terlalu stres mengejar wang demi memiliki keperluan hidup yang kian mahal. – MYNEWSHUB.CC
Tags:
OMG