Hashtag #savekedah oleh Mukhriz Mahathir

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut berkempen melalui media sosial menggunakan logo ‘Selamatkan Kedah’ berserta hashtag #savekedah di Instagram menggunakan nama MukhrizMahathir.

Kempen itu berikutan kemelut politik di negeri berkenaan sejak minggu lalu, dengan sekumpulan pemimpin UMNO Kedah mendesak beliau berundur daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Hashtag #savekedah oleh Mukhriz Mahathir

Hashtag #savekedah oleh Mukhriz Mahathir

Kempen berkenaan mendapat perhatian pengguna laman sosial itu yang rata-rata menyokong Mukhriz dan mendoakan semoga terus kekal sebagai Menteri Besar.

Pengguna Instagram dengan nama Shafika.fika berkata dia dan keluarganya sentiasa menyokong kepimpinan dan perjuangan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

“Saya sentiasa mendoakan Mukhriz kekal sebagai Menteri Besar kerana memerlukan pemimpin sepertinya untuk mentadbir Kedah. Saya sokong Datuk Mukhriz demi Kedah.

“Semoga beliau terus bertahan,” katanya menerusi laman sosial itu.

Seorang lagi pengguna Instagram menggunakan nama Faisalbanez berkata, dia yang juga rakyat Kedah terkilan dan sedih dengan perkara yang berlaku terhadap Mukhriz.

“Saya dan rakyat Kedah lain sentiasa berada di belakang dan memberi sokongan terhadap perjuangan Mukhriz. Banyak pembangunan dilakukan beliau untuk Kedah.

“Semoga Allah merahmati dan melindungi Mukhriz Mahathir. Teruskan perjuangan,” katanya.

Pengguna laman sosial menggunakan nama Ikasmin berkata dia dan rakyat Kedah bimbang dengan situasi di Kedah.

“Bukankah pada masa ini pemimpin duduk berbincang bersama menyelesaikan masalah ekonomi terutama mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan kampung.

“Adakah mereka sedar harga getah rendah, dan kos sara hidup tinggi dan ia memberi tekanan kepada rakyat.

“Saya sebagai rakyat Kedah sentiasa menyokong perjuangan Mukhriz. Insya-Allah kami semua bersamamu,” katanya.

Sumber : Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post