Henti fitnah saya: Khairy Jamaluddin

Pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah membabitkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam isu Menteri Besar Kedah diminta berhenti berbuat demikian.

Khairy berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar di media sosial mengulas kemelut politik Kedah pada masa ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai satu portal berita melaporkan kenyataannya membabitkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Henti fitnah saya: Khairy Jamaluddin

Henti fitnah saya: Khairy Jamaluddin

“Saya terima mesej daripada rakan yang bertanya sama ada kenyataan menerusi portal Malaysia Kini, betul atau tidak. Jadi saya kata bacalah kenyataan itu. Tak masuk akal saya nak keluarkan kenyataan sedemikian.

“Ini usaha untuk mengadu domba dalam UMNO dan saya lihat ia perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab sedangkan kita ada kemelut yang perlu diselesaikan dengan cepat dan berhemah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Kejohanan Piala Presiden Persatuan Badminton Melayu Selangor, di sini, malam ini.

Pada majlis berkenaan, Khairy turut mengumumkan geran RM50,000 kepada persatuan berkenaan bagi membolehkannya menganjurkan lebih banyak aktiviti dan kejohanan seumpama itu.

Menurut Khairy Jamaluddin, beliau tidak akan membuat laporan polis mengenai kenyataan memfitnahnya itu kerana berpendapat cukup dengan penafian daripada pihaknya serta MalaysiaKini melalui akaun laman sosial Twitter milik portal berita itu.

Sementara itu, portal terbabit turut menyatakan tidak pernah menyiarkan berita berkenaan manakala gambar yang digunakan sudah disunting.

Sumber : Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post