SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus menafikan dakwaan yang disebarkan melalui aplikasi sosial, WhatsApp berhubung kata-kata cacian terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Menerusi laman sosialnya, Jamal memaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah memalsukan gambarnya dengan mengubahsuai serta menambah teks dengan kata-kata kurang senang terhadap bekas pemimpin negara itu bagi menimbulkan kemarahan orang ramai.
“Saya akan pijak dan ludah muka Mahathir kalau saya jumpa dia. Dia malukan Umno, dia bukan manusia tapi xxx. Saya berani cakap sebab Najib sokong kata-kata saya,” tulis teks yang telah diubahsuai tersebut.
Sehubungan dengan penyebaran gambar berkenaan, Jamal turut menyertakan sisipan keratan laporan polis berhubung dakwaan fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut.