“Jangan Cakap Saya Tak Jaga Suami”


Baru-baru ini, suami kepada pelakon Zizie Ezette, Bung Mokhtar telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court. Bagaimanapun, ada pengikutnya di Instagram mempertikaikan Zizie dan menuduh pelakon berkenaan tidak bertanggungjawab kerana tidak hadir menjaga suaminya itu.

Jangan Cakap Saya Tak Jaga Suami
Perkara tersebut berpunca kerana Zizie tidak memuatnaik gambar dia melawat mahu pun bersama suaminya itu. Bagaimanapun melalui satu muatnaik gambar di Instagram, Zizie menyindir kembali pengikutnya yang tidak habis-habis mencari kesalahan dirinya.


Melalui hashtag – jangan cakap akak tak jaga suami dan juga ada benda tak perlulah nak di post – perkara tersebut ternyata sekali ditujukan kepada komen-komen pengikutnya yang tidak habis-habis mempertikaikan dirinya tidak menjaga suami.

Apa-apa pun, semoga kesihatan suami Zizie akan beransur pulih dan dipermudahkan segala urusan. Buat pengikut yang masih tidak berpuas hati, anda mungkin boleh cari kesalahan lain pula selepas ini. - SUMBER ROTIKAYA

Post a Comment

Previous Post Next Post