Pelakon Emma Maembong, 24, mahu mendapatkan restu daripada ayahnya, Ismail Embong terlebih dahulu sebelum memikirkan soal merancang perkahwinan dengan kekasihnya, pelakon Kamal Adli.
"Saya perlu mendapatkan lampu hijau daripada ayah. Sekiranya dia nampak anaknya sudah bersedia, dia pasti benarkan. Di mata ayah sekarang, saya ibarat kanak-kanak berusia 11 tahun.
"Ayah seakan-akan belum sedia melepaskan saya dan sebagai anak saya kenalah akur. Kamal pula seorang pemuda yang baik kerana sangat menghormati ayah. Dia sanggup menunggu saya," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Menurut Emma lagi, dia sangat menyayangi dan menghormati bapanya, malah tidak sanggup melakukan perkara yang menyakiti hati ayahnya.