KEJAM!! ABANG SANGGUP LEPAS 'GIAN' TIGA KALI DENGAN ADIK KANDUNG


KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, atas dakwaan tiga kali merogol adik kandungnya yang berusia 15 tahun pada 2013 lalu.

Lelaki dari Kampung Pelunggol, Melor, di sini, itu didakwa tiga kali melakukan kesalahan itu terhadap mangsa pada tahun 2013 dan sekali cubaan merogol mangsa pada tahun 2014.

Semua kejadian berlaku di sebuah rumah di alamat Kampung Tegayong, di sini.

Pada tuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa di rumah berkenaan pada waktu tengah hari sekitar Mei 2013, kejadian kedua pula pada waktu petang, antara penghujung Jun dan awal Julai 2013 dan dakwaan ketiga pada waktu petang penghujung September dan awal Oktober 2013.

Ketiga-tiga dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh disebat minimum 10 kali.

Sementara pada tuduhan keempat, ketika mangsa berusia 16 tahun, tertuduh didakwa cuba merogol pada jam 2 pagi, sekitar pertengahan Oktober 2014.

Bagi dakwaan ini, tertuduh berdepan hukuman penjara separuh daripada seksaan asal mengikut Seksyen 376(3)/511 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainun Zafirah Abd Halim tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Mac depan.

Hakim, Adli Abd Ghalib tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Post a Comment

Previous Post Next Post