Gujarat – Kereta Shah Rukh Khan diserang ketika bintang Bollywood itu sedang dalam penggambaran filem terbaharu berjudul Raees dekat bandar Ahmedabad di sini, menurut laporan.
Sumber berkata, tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan komen Khan mengenai tiadanya sikap toleransi di India.
Insiden berlaku awal Sabtu ketika kenderaan aktor itu diletakkan di dalam kawasan hotel.
Kru filem Raees turut berdepan protes sama di kawasan Bhuj di Gujarat beberapa minggu lalu ketika penggambaran filem sama.
Khan terjerumus dalam kontroversi November lalu berikutan komen beliau dalam satu temu bual yang menyebut: “Tiada toleransi agama dan tidak menjadi sekular…adalah jenayah paling teruk yang boleh anda lakukan sebagai seorang patriot”.
Filem Dilwale yang kini masih ditayangkan kurang mendapat sambutan di beberapa bahagian di negara itu berikutan protes yang dilancarkan kumpulan berhaluan kanan. - KUALALUMPURPOST
Tags:
OMG