Sebut sahaja nama penyanyi Kpop, Psy pasti kebanyakkan rakyat Malaysia mengenali penyanyi itu kan? Psy adalah penyanyi yang sangat popular di seluruh dunia dengan tarian kudanya bertajuk ‘Gangnam Style’.
Buat yang masih tak tahu, kat Korea ada seorang kanak-kanak lelaki bernama Jeon Minwoo dikenali sebagai “Little Psy”.. Sebab dapat gelaran itu, kerana dia memang pandai tiru gaya tarian Psy.. Disebabkan bakatnya hebat menari gaya Psy, Jeon telah diberi peluang untuk membuat persembahan tarian bersama Psy.
Sebenarnya Jeon ni berasal dari China, tapi bakat dia telah menarik minat penduduk di Korea Selatan.. Tapi, kisah menyedihkan tentang Jeon, dia telah disahkan menghidapi penyakit kanser otak pada tahun 2014.
Terbaru, Kami mendapat khabar berita Jeon telah pun meninggal dunia pada 9 Pebruari lalu akibat dari penyakitnya ini.. Jeon telah menjalani pembedahan di Korea Selatan, dan doktor mendakwa tumor itu telah mengecil.
Tetapi, nampaknya perkara sebaliknya telah berlaku pada Jeon kerana tumor itu sebenarnya semakin membesar.. Jeon telah mengalami masalah kesukaran bernafas dan menghembuskan nafas terakhirnya pada tengah malam semalam..
Pastinya ini adalah satu berita yang sangat mengejutkan untuk industri hiburan Korea.. Sukar nak mencari kanak-kanak kecil yang mempunyai bakat meniru gaya artis seperti Jeon..
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |