Nak Kulit Gelap Punya Pasal

SCARBOROUGH, BRITAIN: Akibat mahu menggelapkan kulit menggunakan cat, seorang wanita disamakan dengan 'meja makan' kerana berwarna sama.
Imogen Silversides mengongsi fotonya di laman sosial yang kemudian menjadi viral selepas mendakwa mengikut 'nasihat pakar kulit' di Facebook.
Laporan Dailymail mengatakan Imogen menyapu cat coklat gelap menggunakan berus pengecat dinding untuk mendapatkan kulit 'tan'.
Menyedari dirinya diperbodohkan, Imogen memaki individu yang mengeluarkan nasihat tersebut di Facebook.
"Siapa yang kata kita mampu dapat kulit gelap dengan gunakan berus cat adalah penipu!" kata Imogen marah di laman Facebooknya.
Perkongsian oleh Imogen menarik perhatian hampir 40,000 pelayar laman sosial dan respons sinis.
"Biasanya kami gunakan cat sama untuk pertandingan bina badan, tapi tak adalah jadi hitam seperti awak," kata Ben Wileman.
"Oh Tuhanku. Ini memang idea terbaik abad ini," kata Donna sinis.

Post a Comment

Previous Post Next Post