Neelofa tak kisah digelar jutawan, harap tak ubah diri lepas berjaya

Kejayaan dalam perniagaan tudung tidak sesekali membuatkan pelakon Nor Neelofa Mohd Noor bangga mendabik dada tetapi ingin positif bergerak ke hadapan.

Neelofa, 27, berkata dakwaan yang mengatakan dirinya kini seorang jutawan tidak dihiraukannya sebaliknya mahu terus merendah diri.

“Saya berharap ia tidak akan mengubah siapa diri saya kerana saya masih individu yang sama cuma mahu menjadi yang lebih baik daripada setiap sudut.

Neelofa tak kisah digelar jutawan, harap tak ubah diri lepas berjaya

Neelofa tak kisah digelar jutawan, harap tak ubah diri lepas berjaya

“Saya terima dan tidak kisah jika mereka menggelarkan saya seperti itu dan menganggapnya sebagai satu doa.

“Saya bersyukur kerana kepercayaan yang saya peroleh ini akhirnya membuahkan hasil,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Bulan lepas, perniagaan Naelofar Hijab beliau dilaporkan mengaut keuntungan berlipat kali ganda selepas membuat jualan sebanyak RM50 juta tahun lepas.

Syarikat itu dilaporkan oleh portal BBC berkata, jumlah keuntungan itu dua kali ganda daripada jumlah asal yang disasarkan syarikat yang diusahakan keluarganya dalam masa hanya beberapa tahun sejak ditubuhkan.

Pelakon filem “Pilot Cafe” berkata kejayaan yang diraih hari ini adalah berkat kerjasama ahli keluarga lain yang membantu dalam perniagaan.

Katanya, Naelofar Hijab akan terus merintis usaha bagi memastikan kejayaan perniagaan keluarga itu terus berkembang.

“Kejayaan yang orang perkatakan itu adalah hasil titik peluh saya dan keluarga. Ia tidak akan berlaku sekiranya saya tampil berseorangan tanpa sokongan dan kerjasama keluarga terutamanya ibu dan ayah saya.

“Saya mahu perniagaan ini berjalan dalam jangka masa yang lama dan bukannya sementara.

“Jadi fokus saya lebih kepada bagaimana mahu kekal dan mengembangkan lagi perniagaan ini berbanding memikirkan apa yang diperkatakan orang lain kepada diri saya,” Neelofa dilaporkan berkata.

Sumber : Malay  Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post