PADAH ROGOL ADIK RAKAN


Kota Baharu – Perbuatan terkutuk seorang buruk kontrak merogol adik rakannya pada tiga tahun lalu berbalas apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Luqman Jusoh, 21, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Luqman didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Binjai, Jalan Bukit Marak di sini pada pukul 3 pagi, Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam Wan Mohd. Ikhram Wan Ibrahim.

Siti Hajar memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh.

Terdahulu, peguam Wan Mohd. Ikhram merayu supaya anak guammnya dikenakan hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya.

“Saya memohon tertuduh dikenakan hukuman ringan kerana ketika kejadian tertuduh adalah pesalah muda,” katanya.

Hakim Mohd. Yusoff memerintahkan hukuman penjara tertuduh berkuat kuasa dari 18 Januari 2016, lapor Kosmo.

Post a Comment

Previous Post Next Post