PADAH TAMAK, VINCE SAMBUT TAHUN BARU CINA BERSENDIRIAN?


Menjelang 8 Februari 2016, kaum Tiong Hua bakal menyambut Tahun Baharu Cina secara besar-besaran dan tahun ini.

Bersempena dengan Tahun Monyet, Vince merasakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang bertuah baginya kerana perniagaan kedai runcitnya begitu menguntungkan.

Sayangnya keuntungan yang berlipat ganda yang diraihnya itu telah menyebabkan Vince menjadi tamak dan kedekut.

Isteri Vince iaitu Mei Mei (lakonan Aenie Won) berusaha pelbagai cara bagi menyedarkan suaminya bahawa keuntungan yang berlipat ganda itu tidak akan ke mana sekiranya tiada sesiapa di sisi untuk meraikannya.

Baba_Nyonya_2

Bagaimanapun sikap tamak penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Hanya Kau ini hanyalah lakonannya semata-mata menerusi carekarama istimewa sempena Tahun Baharu Cina yang berjudul Baba & Nyonya.

Dalam telemovie yang akan ditayangkan di TV3 pada 6 Februari 2016, jam 9.00 malam itu, Vince melakonkan watak sebagai Wai Meng.

Selain Vince Chong, barisan pelakon lain yang turut menjayakan telemovie ini seperti Aenie Won dan Hanif Safwan.

Post a Comment

Previous Post Next Post